Tuesday, November 11, 2008

Dalam Kenangan PPG Tawau



13 Oktober, 2008.. Aku melapor diri ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu.. Pertukaran yang sengaja ku pohon, dengan alasan 'Ikut Suami'. Terlalu lama rasanya berjauhan dengan suami, mungkin inilah masanya....

Kenangan dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau ku bawa melangkah bersama. Suasana dan keadaan yang tidak jauh berbeza. Cuma mungkin bila ditanya antara kedua-dua jabatan ini, PPD Tawau tetap no.1 dalam hati. Jawapannya kerana disitulah tempat lahirku..

PPD Tawau masih segar dalam ingatan, suka duka semua telah ku lalui di sana. Disana ada kawan yang bergelar 'Sahabat'. Semoga kehadiranku di PPD Kota Kinabalu dapat melakar sejarah indah dalam hidupku..

Photo kenangan yang sempat ku rakam...




Meja kerjaku yang sedang ku rindui..


Aku gembira di sini


Kawan-kawan yang sangat ku rindu.. Kak Nursiah, Kak Nuhannie, Kak Hjh.Kartini & Kak Jamilah..


Dialah kawan, dialah sahabat.. Paling banyak membantu aku sepanjang bertugas di PPD Tawau.. Terima Kasih Kak Suraida...


Antara wajah-wajah bahagia aku di sana..









PPD Kota Kinabalu~ Sambutan Hari Raya Terbuka yang diadakan di PPDKK selepas 2 hari aku melapor diri..


Sempat ambil gambar dengan kawan-kawan Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Sabah




..Fareena

0 comments: